Pages

Wednesday, November 9, 2011

10 cerita ibu yang unik pelik dan .....


Ibu Kembar Tertua

Benar-benar bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki pada usia 70 tahun, Omkari Panwar menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan suaminya Charan Singh Panwar, mereka membayar kos rawatan yang mahal demi mempunyai pewaris lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan tabungan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar sudah memiliki dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin seorang anak lelaki tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.


Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia

Carole Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun – termasuk kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya.. setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan tersebut.


Ibu Terkecil Di Dunia

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya. Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.

Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia

Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.


Ibu Dengan Senggang Terlama Antara Anak

Elizabeth Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan Joseph, ada yang menarik tentangnya. Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956. Bahagian luar biasa adalah jarak antara kelahiran Belinda dan Joseph Buttle yang lahir pada 20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle berusia 60 tahun. Bererti kelahiran pertama dengan kedua memiliki selang waktu 41 tahun 185 hari



Melahirkan 8 Bayi Dengan selamat

Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.


Ibu Paling Muda [5 Tahun]

Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan lanjut. Satu bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang anak lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse M├ędicale.

Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan

Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70


Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69 Anak]

Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak, dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada gambarnya yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.


Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di Dunia

Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri.



sumber: tok wan :)

25 comments:

cikpia said...

semua nya dengan kuasa DIA....

FARAH said...

saya suka baca..
da follow :)

http://melaluidetik2kehidupan.blogspot.com/

FARAH said...

bole sy ambik entry nie???klu xle,gtau erk.suka sgt baca.. :)

http://melaluidetik2kehidupan.blogspot.com/

RaudahD said...

silakan Farah....

FARAH said...

mekaseh sgt2 :)

Munie Blushious said...

pergh ! sentap... mmg world class la dorang ni... hahax

NURULSYAZWANI BINTI ROSLI said...

lelaki takkan mampu buat ape yg wanita buat, kn?

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

halamak suka entri nie :)

Titisan Hujan said...

menarik gile entry ni

ShahzCudin said...

hui..yg xbleh bla umur 5 thun tu..besar tu da boleh mngandung?

ajumohit said...

Subhanallah

k.h.a.l.i.l.a said...

waaaawww.....

bloghok said...

wowwwwwwwwwwwwww

ninazahar said...

x sangka usia dah 70 pun leh lg melahirkan, n ada yg dah jd ibu seawal usia 5 thn

HEROICzero said...

yg last tu , ahahahaha !

nice~

Syairani Tarmizi said...

memang unik! btw nice entri :)

Mohamadazhan.com said...

huh! menarik sekali, pelbagai keunikan yang berlaku dalam sejarah kelahiran manusia ni. Subhhanallah

Mohamadazhan.com said...

huh! menarik sekali, pelbagai keunikan yang berlaku dalam sejarah kelahiran manusia ni. Subhhanallah

Makbed said...

yg last skkali tu je tak brapa nak paham kekdahnye.

Miss Eiza said...

unikkkk ~!

cik RaRa said...

woww, kuasa Allah , takdapat dibygkan kan :)

amirah said...

hebatnya kuasa ALLAH :)

Mommy Razim said...

uwaaaa menarik… saya follow!!
Yang paling creepy mengandung di usia 5 tahun
Tapi Tuhan maha berkuasa

ShahzCudin said...

kebolehan seorang ibu mengandung dan kekuatan ketika bersalin dah cukup unik bg aku..

Anonymous said...

hey all raudah-ieyka.blogspot.com admin found your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com