Pages

Tuesday, December 13, 2011

kenapa merungut? cuba telur ayam: kulit telur putih telur kuning telur



Kebaikan dan khasiat dari telur memang tak dapat disangkal lagi.Dari kulit hingga ke isi,semua boleh digunakan ,Selain daripada sebagai salah satu sumber makanan,ia juga sesuai untuk perawatan wajah.
Jangan dibuang kulit telur yang telah digunakan sebaliknya jadikan ia sebagai salah satu perawatan
tradisional untuk mengembalikan keanjalan muka, menegangkan muka,mengecilkan ruang pori pada muka
dan memutihkan kulit wajah.
jika inginkan kulit muka yang polos lagi mulus.katakan ya pada cara yang mudah dan senang ini:


1.Sapu telur pada wajah
Percaya atau tidak. dengan menyapu telur yang panas pada kulit muka mampu menjadikan kulit bersih
dan tiada jerawat pada kulit muka.

Cara:
1.ambil telur panas-lepas je ayam mengeram
2.sapu seluruh wajah.

2. Masker putih telur
Masker in bukan sahaja mengecil liang pori -poru kulit malah ia juga efektif untuk mencerahkan wajah.
Selain itu, masker dari kuning telur bisa digunakan untuk melembapkan dan menghaluskan kulit.
Ternyata, sebiji telur yang kecil memiliki khasiat yang besar untuk mengatasi masalah kulit kering,
 kulit berminyak, ataupun kulit kombinasi.

cara membuat masker putih telur:
1.Asingkan putih telur dari kuning telur
2.Pukul putih telur hingga berbuih
3.oleskan pada wajah
4.biarkan ia mengering dan rasakan kulit sukar digerakkan
5.bersihkan menggunakan air suam
6.Gunakan ais untuk menutup pori - pori wajah.







3.Skrub kulit telur.
Skrub kulit telur baik diamalkan jika wajah mempunyai masalah jerawat.ia perlu diamalkan setiap
hari bagi memastikan jerawat terus hilang dari kulit muka

Cara:
1.Tumbuk kulit telur sehingga lumat
2.tapis/tos kulit telur
3.Jadikan ia seperti debu debu bedak(ala ala skrub)
4.cuci muka
5.gunakan pada muka dengan sedikit air.
6.gosok slow-slow pada wajah :>

tips:gunakan lesung yang kering.kulit telur tahan lebih kurang seminggu jadi senang tumbuk banyak banyak
dan simpan.

4 comments:

ANA FARHA said...

masa muda2 dulu rajin lah wat masker putih telur.. laa ni malas sudah..

chegu abbas said...

benda ni saya buat sataun sekali....hihihi...time hari jadi orang hahahah....

ShahzCudin said...

ambil telur goreng panas2 dan tepek kan pada muka..apa rasa anda?

Anonymous said...

Sapukan muka dgn telur fresh lps aym ngeram..bkesan kot. Mak sy wat pd sy ms sy kecik..alhamdulillah. dgn izin Allah mmg muka bersih sampai skrg..haha. kotor tp bkesan..