1.LELAKI ADALAH PEMIMPIN : Seharusnya
dia melindungi, mendidik dan
menyelamatkan wanita – bukannya
mengambil kesempatan diatas kelemahan
wanita ATAU menunggu serta memilih
wanita hebat sahaja untuk dimiliki.
2. Lelaki yang mengakui cintanya suci
dan sejati adalah lelaki yang
menghormati dan menjaga maruah teman
wanita atau kekasihnya – Seharusnya
lelaki ini bertimbang rasa dan berusaha
membahagiakan wanita yang dicintainya
bukanya menguasai dan menggunakan kuasa
`VETO" sebagai lelaki.
3. Lelaki yang benar-benar jatuh cinta
kepada seorang wanita: Dia akan menerima
siapa sahaja wanita itu seadanya,
bukannya menyiasat dan menilai wanita
yang macamana yang harus dicintai atau
dijadikan teman hidup.
4. Lelaki yang bergelar suami adalah
pemimpin dalam rumahtangga: Sebarang
masalah yang bergolak atau kepincangan
dalam rumahtangga adalah tanggungjawab
suami bukannya meletakan segala punca
masalah atas kerana isteri atau
anak-anak – Ianya berpuca daripada
kelemahan kepimpinan suami.
5. Lelaki perlu bijaksana dalam setiap
urusan dan tindakan. Jangan sesekali
menyalahkan orang lain atau menuding
jari atas setiap kegagalan hidup yang
dilalui.
1 comment:
ak mcm tau je dr mne ko amik ni weh.hehe.....
Post a Comment