Pages

Tuesday, November 29, 2011

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki * aku nak tubuh langsing *


Mulai sekarang haruslah lebh rajin untuk berjalan kaki kerana ia banyak memberi faedah pada kita. 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan adalah :

1. Serangan Jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan

Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.

5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki Insyaallah akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi




berjalan kaki merupakan satu senaman yang paling mudah.tidak dikenakan sebarang kos dan menyihatkan.Kita disarankan berjalan lebih 10,00 langkah sehari bagi memastikan perjalanan darah lebih teratur seterusnya tubuh menjadi sihat.
Banyak pihak bersetuju bahawa berjalan kaki sebanyak 10,000 tapak sehari mampu memberikan impak positif pada individu, dan disebabkan itu, kerajaan juga mengambil inisitiaf menggunakan medium media komunikasi sebagai salah satu cara untuk menggalakkan semua berjalan kaki.

kurangkan penggunaan lif- ganti dengan tangga.
kurangkan pengunaan kereta- ganti dengan berjalan kaki


sumber : dalam hati ada iman

4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Raudah..akak nk copy info nie & letakkan lam blog akka blh tak???

RaudahD said...

sila sila...

mommy Razim said...

Salam RaudahD thanks for the sharing nanti i nak copy and share.. too

ShahzCudin said...

terbaca kat paper yg dj halim othman mengamalkan 10000 langkah 1 hari..dia siap ade alat counter skali..bagus cara dia tuh