Pages

Showing posts with label kurakura paling tua. Show all posts
Showing posts with label kurakura paling tua. Show all posts

Monday, November 14, 2011

haiwan pun sambut hari lahir.



Selamat Ulang Tahun buat haiwan yang terindah di dunia.

Ulang tahun kelahiran dalam dunia haiwan tak disambut semeriah cara manusia biasa .Ia disambut dengan cara yang cukup mudah dan simple tapi memberikan kenangan yang terindah buat  haiwan kesayangan ini.eh.. ehh tapi jangan salah sangka, haiwan punya sambutan hari lahir pun gempak jugak tauu!







Di Hagenbeck Zoo, kura kura galapos selamat menyambut hari ulang tahun ke 100 dengan hidangan kek buah buahan yang berwarna warni. Jangkaan umur untuk haiwan ini adalah lebih kurang 180 tahun.Tetapi di Cairo zoo, terdapat seekor kura kura yang sempat menyambut hari lahir yang ke 260 tahun(gambar tak dapat dikesan)!




Jing Jing, merupakan maskot sukan olympic beijing pada tahun 2008.Tengoklah, dia kelihatan sangat gairah menghidu kek ice yang diberikan semasa 'birthday party' pertama di Chengdu Research Base of Panda, China.






Walaupun berusia 55 tahun. gajah yang bernama Manyula masih sihat dan ceria di Tulsa Zoo,ia merupakan seekor gajah asia yang berasal dari India yang dibawa merantau ke Zoo San Salvador pada 1955.Semasa hari lahirnya, Penjaganya  menyajikan buah-buahan koktel istimewa buat gajah yang comel ni=)





Collumbus gorilla meraikan hari kelahiran colo yang ke 53 pada tahun 2009 dengan kek pisang yang paling enak.Colo telah bermastautin di Zoo Columbus sejak lahir. Dengan berat hanya 3 pound ketika lahir, beliau menjadi selebriti segera. Namanya datang dari "Nama Bayi Gorilla" kebangsaan melalui sebuah peraduan.



Knut,seekor beruang kutub yang merupakan  ahli zoo di berlin,dia telah menerima sebuah kek pada hari kelahiran keempatnya.Namun begitu,Knut tidak berpeluang menyambut hari kelahiran yang seterusnya kerana mati akibati ensefalitis, radang otak, yang menyebabkan dia pengsan dan ditemui lemas pada 19 Mac.



Mae Mali badak air memakan kek hari jadinya yang diperbuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang diberikan padanya untuk meraikan ulang tahun 45 di Dusit Zoo di Bangkok, Thailand. Mali Mae datang ke Thailand dari zoo Tilburg di Belanda pada tahun 1970, dan telah melahirkan 14 hippos muda. Dia adalah salah satu daripada haiwan yang paling disayangi di zoo Bangkok.



Related post: kalau manusia sambut hari lahir macamana pulak?

mungkinkah macamni

 kek yang hebak hebak dan gempak bertingkat tingkat
                       
atau
 sambutan paling meriah